Ahad, 29 Disember 2013

CUTI SEKOLAH BAKAL BERAKHIR

Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya hanya beberapa hari sahaja lagi anak-anak kita akan memulakan sesi persekolahan 2014.
Hari ini dan esok banyak sekolah di sebelah pantai timur yang telah membuka sesi pendaftaran sama ada untuk pelajar baru atau pelajar lama.Anak saya yang akan masuk darjah satu untuk sesi baru ini berasa sangat teruja dan seronok untuk ke sekolah dan masuk ke alam baru.Manakala si abang pula biasa-biasa sahaja perasaan mereka hinggakan kalau umi tak belikan baju barupun tak mengapa.